Spesifikasi Penuh Myvi 2018 Dan Bandingan Varian yang diperolehi daripada portal automotif nombor 1 Malaysia Paultan.Org. Seperti yang semua sedia maklum bahawa semalam 16 November 2017 Myvi 2018 telah pun dilancarkan dengan rasminya. Hampir dua minggu Myvi 2018 hangat diperkatakan oleh semua netizen semenjak ia tular di media-media sosial. Jom kita lihat Spesifikasi Penuh Myvi 2018 Dan bandingan Varian semua Myvi 2018 ini.
Untuk makluman, anda semua sudah boleh melihat dan memandu uji Myvi 2018 di bilik-bilik pameran Perodua terdekat anda. Diberitakan bahawa belum pun dilancarkan tetapi Myvi 2018 telah pun menerima hampir 5000 tempahan bermula 9 November 2017 yang lalu. Semoga artikel Spesifikasi Penuh Myvi 2018 Dan bandingan Varian ini memberikan perbandingan bagi perincian dan spesifikasi penuh mengikut varian. Moga sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat sekiranya berhajat untuk membelinya.
Elemen standard seperti berikut:
Mekanikal
Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
1,329 cc, petrol empat-silinder
94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm
Manual lima-kelajuan atau E-AT empat-kelajuan
Tangki penuh 36 liter
3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi, 2,500 mm jarak roda
Jarak kelegaan tanah 160 mm
Stereng kuasa elektrik (EPS)
Jejari pusingan 4.8-meter
Waranti lima-tahun/150,000 km
Luaran
Lampu utama dengan fungsi auto off dan follow-me-home
Larasan lampu utama manual
Lampu belakang LED dengan lampu arah
Cermin sisi larasan-elektrik dengan isyarak membelok
Bilah pengelap cermin hadapan jenis-Aeroblade
Pengesan undur
Roda aloi 14-inci
Tayar Bridgestone Ecopia EP150 175/65R14
Tayar simpanan bersaiz-penuh
Dalaman
Kemasukan tanpa kunci dan butang start-stop enjin
Cermin hadapan akustik
Tingkap berkuasa, fungsi turun auto untuk pemandu sahaja
Unit utama Double-din dengan radio dan USB
Kawalan pendingin hawa digital (dengan larasan dua memori)
Roda stereng Poliuretana dengan larasan kedudukan
Larasan-ketinggian bagi tempat duduk pemandu
Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
Tempat duduk belakang dengan perehat kepala
Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
But berkapasiti 277 liter (boleh mencecah sehingga 832 liter dengan tempat duduk belakang dibaringkan)
Poket sisi pada tempat duduk hadapan (untuk telefon mudah alih)
Cangkuk beg anti-kecurian
Keselamatan
Empat beg udara (dwi hadapan, sisi hadapan)
ABS, EBD
Kawalan Kestabilan Elektronik(VSC)
Kawalan traction (TRC)
Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
Penarafan lima-bintang daripada ujian perlanggaran ASEAN NCAP
Peringatan tali pinggang keledar untuk semua tempat duduk (aktif di hadapan, pasif di belakang)
Dua cagak Isofix untuk tempat duduk belakang
Estetika
Gril hadapan perak
Tiada lampu kabus hadapan – penutup hitam
Pemegang pintu sama dengan warna badan
Antena sirip-jerung
Pemegang pintu dalaman hitam
Kekemasan dalaman hitam
Corong pendingin hawa berkemasan perak
Tambahan:
Mekanikal
Sistem start-stop automatik Eco-idle
Bantuan Mula Mendaki
Luaran
Lampu kabus hadapan
Pengesan parkir hadapan
Cermin sisi larasan berkuasa
Dalaman
Unit utama Double-din dengan radio, USB dan Bluetooth
Pengecas USB
Roda stereng balutan-kulit dengan kawalan audio, telefon
Tempat duduk belakang dengan perehat kepala boleh laras
Estetika
Gril hadapan krom
Lampu kabus hadapan dengan kekemasan krom
Pemegang pintu krom
Pemegang pintu dalaman krom
Kekemasan perak di sekeliling kawalan tingkap, butang pada roda stereng, dan tapak tuil gear
Panel instrumen dengan kekemasan krom
Corong pendingin hawa dengan kekemasan krom
Pilihan warna bagi Myvi 1.3
Ivory White (solid)
Glittering Silver (metalik)
Mystical Purple (metalik)
Lava Red (metalik)
Peppermint Green (metalik) – baharu, eksklusif untuk model 1.3
Tambahan:
Mekanikal
Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
1,496 cc,petrol empat-silinder
102 hp pada 6,000 rpm, 136 Nm pada 4,200 rpm
E-AT empat-kelajuan
Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km per liter
Luaran
Roda aloi dua-tona 15-inci
Tayar Goodyear Assurance TripleMax 185/55R15
Luaran dan keselamatan
Pembaca tol binaan dalam (integrasi SmartTAG)
Enam beg udara (dwi hadapan, sisi hadapan, tirai
Estetika
Kit badan hadapan dan skirt sisi (dwi-tona)
Bampar belakang dwi-tona
Spoiler belakang
Tambahan:
Dalaman
Upholstery kulit
Unit utama skrin sesentuh dengan navigasi dan SmartLink
Kamera undur
Filem lapisan tingkap keselamatan
Keselamatan
Advanced Safety Assist (ASA)
Amaran Pra-pelanggaran
Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
Amaran Pergerakan Kehadapan
Kawalan Salah-operasi Pedal
Pilihan warna untuk Myvi 1.5
Ivory White (solid)
Glittering Silver (metalik)
Mystical Purple (metalik)
Lava Red (metalik)
Granite Grey (metalik) – baharu, eksklusif untuk model 1.5
Pakej Premium – RM1,250 (Myvi 1.5 only)
Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, garisan tingkap, bahagian bawah pintu, belakang pintu dan bampar belakang
Chrome scuff plates
Skirt belakang (hitam)
Pakej Eksekutif – RM900
Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, garisan tingkap, bahagian bawah pintu, belakang pintu dan bampar belakang
Pakej Gaya Hidup – RM700
Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, bahagian bawah pintu dan belakang pintu
Pakej Utiliti – RM320
Door visors
Alas lantai
Alas barangan
Kerusi keselamatan kanak-kanak Isofix
Kerusi bayi – RM660
Kerusi kanak-kanak– RM780
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perincian dan spesifikasi penuh setiap varian bagi barisan Myvi 2018 ini, sila layari Carbase.my. Anda juga boleh membaca ulasan pandu uji ringkas yang dibawakan oleh editor Paultan.Org , Hazril Hafiz, DI SINI.
Untuk lebih banyak gambar sila ke SINI
Myvi baru 2018 telah pun dilancarkan dengan harga RM44k hingga RM55k.. Amacam mengancam tak dari model yang lama?
Posted by Berita Viral Terkini Malaysia on Thursday, 16 November 2017