Home » BERITA » Suami Kepada Youtuber Masakan Terkenal Direman

Suami Kepada Youtuber Masakan Terkenal Direman

Suami Kepada Youtuber Masakan Terkenal Direman. Menggemparkan apabila hari ini kita semua disajikan dengan satu berita tentang suami kepada Youtuber masakan terkenal dikenakan tahanan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Suami Kepada Youtuber Masakan Terkenal Direman
Suami Kepada Youtuber Masakan Terkenal Direman

Ia bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Majistret Nabihah Mohd Noor membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Terdahulu lelaki itu dibawa ke mahkamah dengan menaiki van dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap berwarna ungu pada jam 10 pagi.

Sementara itu berdasarkan sumber berkata, pasangan itu bertengkar di parkir Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.

Ia dipercayai selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

“Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

“Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” katanya.

Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga,” katanya. -Metro Online-

p/s : macam dah boleh agak siapakah Youtuber terkenal yang dimaksudkan

Check Also

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet. Tahukah anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.