Home » BERITA » Sultan Muhammad V Letak Jawatan YDP Agong

Sultan Muhammad V Letak Jawatan YDP Agong

Sultan Muhammad V Letak Jawatan YDP Agong. Sudah pasti berita ini mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.  Memang terdapat khabar angin tentang berita ini sebelum ini tetapi masih tidak dapat dipastikan. Sehinggalah hari ini, pihak Pengelola sendiri  membuat kenyataan.Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz melalui satu kenyataan, di sini hari ini.

Sultan Muhammad V Letak Jawatan YDP Agong

“Bagi menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan ini Istana Negara memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Check Also

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah. Mari seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyaksikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *