Suspek Hina Agong Ada Masalah Mental - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Suspek Hina Agong Ada Masalah Mental

Suspek Hina Agong Ada Masalah Mental

Suspek Hina Agong Ada Masalah Mental. Sejak berita Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke 8 Malaysia pelbagai status menghina Yang Dipertuan Agong telah dimuatnaik di media-media sosial oleh individu-individu yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Suspek Hina Agong Ada Masalah Mental

Salah satu yang menjadi trending adalah akaun facebook yang menggunakan nama Aaron Yee. Status yang dimuat naik ke status facebooknya amat jengkel sekali kerana dia menghamburkan kata-kata kesat kepada Yang Dipertuan Agong.

Oleh hal yang demikian, ramai netizen telah membuat laporan kepada SKMM dan juga pihak PDRM. Akhirnya suspek telah pun berjaya ditangkap.

Polis hari ini berkata lelaki yang ditahan kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, semalam didapati mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata suspek mempunyai rekod perubatan berkaitan masalah kesihatan mental.

“Suspek sakit mental,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed berkata lelaki tersebut ditahan kerana memuat naik status menghina Agong di Facebook.

Beliau berkata polis kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan, iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tiga siasatan berhubung status Facebook menghina raja manakala kes ke-4 berhubung status yang dimuat naik pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikiri @FadiahNadwa kerana mempunyai unsur hasutan.

Hamid berkata polis tidak akan menyekat kebebasan bersuara dan akan membenarkan perhimpunan awam selagi mereka mengikut undang-undang.

“Polis tidak berminat untuk menyekat kebebasan bersuara, tetapi kita juga perlu memikirkan keselamatan orang ramai, orang yang tidak terlibat atau tidak berminat,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya menggunakan hak mereka untuk menyatakan pendapat mereka dengan betul.

“Undang-undang tidak akan menyekat, tetapi memberi jaminan bagi mereka yang ingin bercakap dan mendengar (ceramah ini) (bahawa mereka) lakukan secara teratur.”

Tambahnya, masih terdapat “beberapa individu yang degil” dan mereka akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Beliau juga berkata NGO mesti memaklumkan polis supaya pegawai ditempatkan untuk memantau lalu lintas dan aliran pergerakan.

“Kami meminta mereka mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, kenapa mereka harus mengadakannya di pusat bandar?” -FMT-

Check Also

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet  

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet

EPenjana RM50 Boleh Ditebus Melalui Touch n Go Grabpay dan Boost E Wallet. Tahukah anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.