Home » SUKAN » Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT?

Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT?

Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT? Itulah persoalan yang bermain di fikiran semua penyokong pasukan Kedah. Persoalan ini timbul apabila tersebarnya gambar Syafiq Ahmad duduk semeja dengan KDYTM TMJ dan duta antarabangsa JDT Luciano Figueroa baru-baru ini. Untuk itu stesen sukan nombor satu negara Astro Arena ada jawapan kepada persoalan itu. Jom sama-sama kita baca laporan tersebut.

Penyerang Kedah, Syafiq Ahmad, hampir pasti membawa haluan baru musim depan dengan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengikut jejak beberapa rakannya daripada skuad Sukan SEA. Syafiq muncul pemain terbaru yang mungkin menyertai skuad Harimau Selatan itu selepas Adib Zainudin dari Felcra FC dan Adam Nor Azlin dari Selangor.

Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT
Syafiq Ahmad Dari Kedah Sertai JDT

Syafiq ketika ditemui Nadi Arena selepas perlawanan Kedah menentang Felda United di Jengka, kelmarin, tidak menafikan perkhabaran itu, bagaimanapun, terlebih dahulu mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap misi membantu Lang Merah mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.

“Bagi saya, kami akan fokus untuk perlawanan akan datang sebab kami masih lagi menyasarkan kepada Piala Malaysia. Kalau layak ke final, ia adalah kemaraan ketiga berturut-turut. “Jadi, kami mahukan piala itu sekali lagi. Kalau ada hal-hal lain, kami tinggalkan di tepi dahulu. Saya fokus di tempat saya bermain sekarang,” katanya.

Selain Syafiq, Adib dan Adam, turut dikaitkan menyertai JDT ialah dua pemain muda Pulau Pinang, S. Kumaahran dan Syamer Kutty Abba serta pertahanan Pahang, Matthew Davies. Mereka semua merupakan tonggak skuad muda negara yang meraih pingat perak dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Nota kaki : Liga Malaysia 2017 belum pun tamat sepenuhnya tetapi berita perpindahan pemain sudah mula kedengaran. Semoga persaingan sihat dan semangat kesukanan tinggi dapat ditunjukkan pada musim baru 2018 nanti. Tidak kira pasukan mana yang anda akan wakili.

Check Also

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019. Sabah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas menundukkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.