Home » Uncategorized » Tahniah!! Isteri Ashraf Muslim Hamil 6 Minggu

Tahniah!! Isteri Ashraf Muslim Hamil 6 Minggu

Tahniah kepada pasangan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Dilaporkan Wan Sakinah telah pun hamil selama 6 minggu.Untuk berita lanjut jom kita baca Sinar Harian kat bawah ni.

Pelakon, Ashraf Muslim, 32, mengakui teruja untuk bergelar bapa setelah
isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, disahkan hamil enam
minggu.


“Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya,” katanya
sebelum meletakkan telefon kerana dikatakan perlu menghadiri mesyuarat.


Sebelum ini yakni kira-kira dua minggu lalu, dia pernah menafikan Sakinah hamil dan mengatakan masih belum mendapat rezeki.

 

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Bagaimanapun tindakan Sakinah memuat naik gambar beberapa ubat kembali menimbulkan spekulasi bahawa dia kini sudah hamil.

Setelah berdolak dalih, akhirnya sumber terdekat Sakinah memberi khabar bahawa wanita itu sebenarnya sudah hamil.


Pasangan yang berkahwin di Thailand pada 7 Julai lalu telah menarik
perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan
isteri pertama, Noor Dayana Lokman.


Sejak disahkan mengandung, Sakinah dikatakan mengalami alahan teruk
seperti sakit kepala, muntah dan tak lalu makan malah dia tidak boleh
jamah makanan barat seperti burger.


Khabarnya mencium baunya sahaja, Sakinah akan loya.

p/s : doakan yg terbaik utk saudara kita ini yek

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.