Home » BERITA » Tak Salah Anjur Majlis Di Rumah Ibadat Lain Kata Mujahid

Tak Salah Anjur Majlis Di Rumah Ibadat Lain Kata Mujahid

Tak Salah Anjur Majlis Di Rumah Ibadat Lain Kata Mujahid. Masyarakat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak fobia dengan sebarang penganjuran majlis di rumah ibadat agama lain kerana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Tak Salah Anjur Majlis Di Rumah Ibadat Lain Kata Mujahid
Tak Salah Anjur Majlis Di Rumah Ibadat Lain Kata Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, berkata majlis berbuka puasa anjuran Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, di Gurdwara Sahib pada Selasa lalu, tidak sepatutnya menjadi isu kerana tujuan utama penganjuran ialah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Malah, katanya, majlis itu diadakan di kawasan dewan dan bukan dibuat di dalam tempat ibadat itu.

“Ini bukan isu yang perlu diperbesarkan, hanya sesetengah pihak sahaja yang mensensasikan isu agama, pemikiran sempit dan perkauman. Ini dibimbangi akan mewujudkan Islamofobia,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar, di sini, semalam.

Selain itu, Mujahid berkata, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak berlainan agama untuk datang dan memasuki masjid selagi mereka tidak melakukan perkara bertentangan seperti menghina.

Dalam perkembangan lain, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, semua projek pembangunan di sekolah tahfiz dan sekolah pondok di negara ini perlu diselesaikan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi sekolah tahfiz dan RM25 juta untuk sekolah pondok.

“Kalau ikut Prosedur Standard Operasi (SOP), permohonan sekolah itu hanya diberi bagi melaksanakan infrastruktur, termasuk untuk keselamatan, kebajikan serta kebersihan, dan bukan bagi bantuan gaji atau penganjuran program,” katanya.

Mengenai tindakan saman oleh penguat kuasa Majlis Daerah Kerian terhadap peniaga di Pasar Awam Parit Buntar, Mujahid menyifatkannya seolah-olah satu tindakan sabotaj.

“Peniaga di situ untungnya berapa sahaja dan terpaksa bayar saman RM500,” katanya yang sebelum itu melawat Pasar Awam Parit Buntar dan Pusat Pengajian Tahfiz Al Hidayah.

Baru-baru ini, peniaga di pasar itu disaman RM500 kerana meletakkan sayur di luar premis perniagaan di situ.

Mujahid berkata anggota majlis sepatutnya prihatin dan peka serta tidak membebankan peniaga dalam keadaan ekonomi yang tidak baik sekarang. – BERNAMA

Check Also

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia

Kenyataan Yew Yin Hina Anggota Tentera Malaysia. Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.