Home » BERITA » Tampar Wanita Salah Atau Tak Bagi Signal Salah

Tampar Wanita Salah Atau Tak Bagi Signal Salah

Tampar Wanita Salah Atau Tak Bagi Signal Salah? Semalam telah tular di media-media sosial satu video kejadian seorang penunggang motosikal memarahi dan menampar muka wanita yang memandu kereta jenis Honda Civic. Video tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Tampar Wanita Salah Atau Tak Bagi Signal Salah
Tampar Wanita Salah Atau Tak Bagi Signal Salah

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan ibu kota itu, penunggang motosikal terbabit dipercayai berang dengan wanita terbabit tidak memberi ‘signal’ ketika mahu membelok.

Berdasarkan video berdurasi 34 saat itu, lelaki itu menjatuhkan motosikalnya dan terus memarahi mangsa. Seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu segera datang menghalangnya dari bertindak kasar, malangnya terlambat bila lelaki itu sempat menampar muka mangsa sebanyak dua kali.

Keadaan menjadi kecoh, beberapa orang awam tampil membantu meleraikan kejadian itu dari menjadi semakin buruk.

Meskipun sudah dihalang, lelaki itu masih tidak berpuas hati dan menengking mangsa. Pada pendapat anda siapa yang salah? Bagi admin dua-dua salah tapi punca kejadian sudah pasti daripada pemandu wanita yang tidak memberi signal.

Tapi itu bukan alasan untuk naik tangan bukan? Benda boleh bincang buat apa nak gaduh kan. Benda sudah pun berlaku. Apa sebenarnya yang terjadi hanya mereka berdua yang tahu. Kita biarkan sahaja pihak berkuasa jalankan tugas mereka. -BVTM-

Check Also

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia. Ahli Parlimen Tanjung Piai dan juga merupakan Timbalan Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.