Home » BERITA » Tan Sri Muhyiddin PM Ke 8 Malaysia

Tan Sri Muhyiddin PM Ke 8 Malaysia

Tan Sri Muhyiddin PM Ke 8 Malaysia. Teka-teki selama beberapa hari selepas Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri akhirnya terjawab setelah Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilantik sebagai YAB Perdana Menteri ke 8 Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin PM Ke 8 Malaysia
Tan Sri Muhyiddin PM Ke 8 Malaysia

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam 4.29 petang ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan esok.

“Hari ini, Istana Negara menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong, di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

“Selepas mendapat representasi semua, pada hemat Seri Paduka, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ialah Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Md Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, perlantikan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Perdana Menteri itu, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Proses seterusnya ialah istiadat pengurniaan suratcara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, pada jam 10.30 pagi esok.

“Seri Paduka bertitah, proses perlantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengahkan kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.

“Seri Paduka bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat, khususnya agensi kerajaan, keselamatan dan media. -BH ONLINE-

Check Also

Live Streaming Pengumuman Khas Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas

Live Streaming Pengumuman Khas Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas

Live Streaming Pengumuman Khas Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas 18 Januari 2021. Jom semua kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.