Home » BERITA » Tangan Bayi Tersepit Eskalator Di Kota Bharu

Tangan Bayi Tersepit Eskalator Di Kota Bharu

Tangan Bayi Tersepit Eskalator Di Kota Bharu. Malang tidak berbau inilah ungkapan yang sesuai dengan kejadian yang menimpa seorang bayi di Kota Bharu semalam.

Tangan Bayi Tersepit Eskalator Di Kota Bharu
Tangan Bayi Tersepit Eskalator Di Kota Bharu

Seorang bayi lelaki terpaksa menanggung kesakitan lebih 30 minit selepas pergelangan tangan kirinya tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya, di sini petang semalam.

Ketika kejadian jam 6.35 petang berkenaan, mangsa berusia setahun empat bulan itu berada bersama seorang lelaki dipercayai bapanya, manakala ibunya pula difahamkan berada dalam sebuah kedai berdekatan untuk membeli bingkai kaca mata.

Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Huda, berkata dia yang berada berdekatan terkejut melihat bayi itu menangis.

“Saya terus mendekati bayi berkenaan dan melihat pergelangan tangannya tersepit. Mujur ada orang awam cepat menutup suis tangga bergerak berkenaan.

“Lebih 30 minit bayi itu menanggung kesakitan sebelum tangan kirinya berjaya dikeluarkan oleh pihak penyelenggaraan pasar raya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, pihak penyelenggaraan pasar raya berkenaan memaklumkan, bayi itu tidak mengalami kecederaan serius tetapi tetap dibawa ke Hospital Pakar Perdana (KPJ Perdana) dan menerima rawatan pesakit luar.

Video kejadian itu tular di laman sosial sejak semalam menyaksikan bayi lelaki itu menangis kesakitan kerana tangan kirinya tersepit bahagian bawah pemegang tangga bergerak.

Seorang lelaki dipercayai bapanya pula dilihat memeluk bayi itu bagi menenangkan mangsa sambil dikerumuni orang ramai. -BH Online-

Check Also

Kisah Ustaz Ebit Lew Islamkan Banduan Nigeria

Kisah Ustaz Ebit Lew Islamkan Banduan Nigeria

Kisah Ustaz Ebit Lew Islamkan Banduan Nigeria. Sememangnya hidayah itu milik Allah SWT. Jom sama-sama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.