Home » Uncategorized » Tarif Elektrik Naik Bermula 1 Januari 2014

Tarif Elektrik Naik Bermula 1 Januari 2014

Kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.Bermula 1 Januari 2014,
Turut berlaku kenaikan tarif elektrik adalah di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj); kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tanrif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj).

Kenaikan tarif elektrik itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen sebentar tadi.

SUMBER

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

5 comments

  1. beli lilin la pas ni wat stok.. huhu

  2. adoilah..bila agaknya gaji nak naik kan

  3. Semakan semula tarif ini adalah dikaitkan dengan kenaikan kos input iaitu kos bahan api:
    −Peningkatan gas paip daripada RM13.70/mmBTU kepada RM15.20mmBTU (1000 mmscfd)
    −LNG pada harga pasaran RM41.68/mmBTU
    −Arang batu pada USD87.50/tan (CIF@CV 5500 kcal/kg)

    Kenaikan perlu untuk memenuhi pelaburan dalam infrastruktur bekalan elektrik bagi memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap dan berterusan kepada pelanggan. Ia Juga bagi menampung perubahan kos operasi pada masa akan datang.

    Sebenarnya 78.60% daripada kenaikan tarif adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas daripada RM13.70/mmbtu kepada RM15.20/mmbtu dan harga LNG sebanyak RM41.68/mmbtu. Manakala 3.4% kenaikan harga arang batu iaitu sebanyak USD 87.50/MT.

    Cuma 18%(atau 0.9 sen/kWj sahaja baki yang tinggal bagi menampung peningkatan kos operasi serta pelaburan yang diperlukan dalam infrastruktur industri bekalan elektrik agar bekalan tenaga elektrik yang mampan dan berdaya harap dapat dikekalkan.

    TNB melabur kira-kira RM3.5 bilion sehingga RM4.0 bilion setiap tahun untuk bekalan dan sistem peningkatan baru pada rangkaian pengedarannya. Selain itu, TNB juga melabur di antara RM2 bilion kepada RM2.5 bilion setiap tahun untuk peningkatan rangkaian penghantaran dan pembangunan.

  4. Assalammualaikum..phat,

    naik lagi tarif elektrik nie…pening2…

    mselim3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.