Home » BERITA » Tengku Abdullah Dilantik Sultan Pahang Ke 6

Tengku Abdullah Dilantik Sultan Pahang Ke 6

Tengku Abdullah Dilantik Sultan Pahang Ke 6. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang VI, berkuat kuasa serta merta. Majlis pemasyhuran itu akan diadakan 11 pagi Selasa ini, di Istana Abu Bakar, Pekan.

Tengku Abdullah Dilantik Sultan Pahang Ke 6
Tengku Abdullah Dilantik Sultan Pahang Ke 6

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bertitah, 30 Ahli Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bermesyuarat di Kuala Lumpur, semalam bersetuju dengan sebulat suara.

“Dalam keadaan sedih dan dukacita saya dan keluarga terima hakikat bahawa ayahanda (Sultan Ahmad Shah) tidak lagi boleh memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintah.

“Mesyuarat yang saya pengerusikan semalam juga bersetuju dan meluluskan pindaan Bahagian 1 Perkara 9A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang untuk memberi kuasa kepada ahli majlis jumaah untuk menurunkan takhta raja disebabkan kegeringan yang besar dan berat.

“Pindaan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang ini hanya membabitkan Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang dan tidak perlu dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),” titah baginda pada sidang media khas di Istana Abu Bakar, hari ini.

Tengku Abdul Rahman juga bertitah, ayahandanya, Sultan Ahmad Shah kini digelar Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.

Titah baginda, mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang semalam bagaimanapun tidak membincangkan mengenai isu pelantikan Tengku Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Perkembangan terbaru itu juga bakal memungkinkan Tengku Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

Mengikut tradisi giliran, jawatan Yang di-Pertuan Agong selepas Kelantan adalah Pahang diikuti Johor dan Perak, namun keputusan pemilihannya akan dibuat oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pada 24 Januari ini untuk memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Raja-Raja juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari ini.

Pada 6 Januari lalu, Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV yang dibuat selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan. – SUMBER-

Check Also

Harga Ron95 Naik 1 ke 2 Sen Bermula Januari 2020

Harga Ron95 Naik 1 ke 2 Sen Bermula Januari 2020

Harga Ron95 Naik 1 ke 2 Sen Bermula Januari 2020. Harga RON95 akan dinaikkan sebanyak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.