Home » Uncategorized » Tentera Maut Kereta Perisai Terbalik di Sabah

Tentera Maut Kereta Perisai Terbalik di Sabah

Tentera Maut Kereta Perisai Terbalik di Sabah

Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor.

Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.

Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.-Metro Online

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. Innalillah..doakan dan takziah buat waris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.