Home » Uncategorized » Terkini!! Berat Badan Firdaus Remaja OKU Naik 2 KG

Terkini!! Berat Badan Firdaus Remaja OKU Naik 2 KG

Terkini!! Berat Badan Firdaus Remaja OKU Naik 2 KG

Seremban: Selepas empat hari dirawat di Wad Kanak Kanak Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), remaja kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini mengalami peningkatan berat badan sebanyak dua kilogram.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang melawat remaja itu sebentar tadi berkata, ketika Muhammad Firdaus ditemui pada Sabtu lalu, berat badannya hanya 15 kilogram dan kini meningkat menjadi 17 kilogram.

Katanya, ia berikutan pihak HTJS memberikan penjagaan perubatan terbaik buatnya, makanan seimbang, penjagaan kulit dan badan yang mana ia menunjukkan perubahan positif buat Muhammad Firdaus.

Katanya, ketika awal dimasukkan ke HTJS, remaja itu tidak mampu duduk di atas katil dan kini mampu melakukannya malah sudah berinteraksi bersama orang ramai yang menziarahinya.

“Kita gembira dengan perubahan dialami Muhammad Firdaus dan memerlukan sebulan untuk memastikan penjagaan kesihatan dan berat badan remaja ini bertambah baik,” katanya yang ditemui dalam sidang media di HTJS, di sini, sebentar tadi. -Metro-

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. ALhamdulillah.. semoga Allah lindungi adik malang ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.