BUKAN LETAK JAWATAN TAPI BERSARA WAJIB:
PDRM memandang serius tentang penyebaran fitnah di media sosial dan
blog mengenai perletakan jawatan Ketua Polis Negara yang dikatakan
ekoran desakan dari parti politik. Kenyataan tersebut adalah berniat
jahat dan merupakan satu fitnah.
Hakikatnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei 2013 dan majlis persaraan beliau akan diadakan pada 16 Mei 2013 ini.
Keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman juga berada dalam keadaan aman
dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan
melalui media sosial. Ini juga adalah fitnah yang tidak berasas dan
tidak bertanggungjawab.
Justeru, orang ramai diingatkan untuk
tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian
daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah
berkenaan.
Adalah diingatkan, individu yang terlibat dalam
menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan
hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,
Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
(Ramli Bin Mohamed Yoosuf) ACP
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
Polis Diraja Malaysia
biasala akhir zaman.. fitnah berleluasa..
menjadi-jadi fitnah lagi lagi ada facebook..sng tersebar..huhuhu
semua benda nk dipolitikkan n difitnah kan sekarang ni
Sekarang ni maklumat kena tapis betul2, x boleh terlalu percaya sgt..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too 🙂
insanbiasabiasa.blogspot.com
bro, jom apply jawatan yang kosong tu nanti.hehe
manusia memang suka sebar menyebar ni…
hoo.. pandai2 j org luar buat citer yea..
2850
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
hermm akhir zaman mmg byk fitnah la Phat
dunia skrg…yg tak betul pun jadi bualan…..