Home » BERITA » Tiada Apa-Apa Laporan Acap Ditemui Di Johor

Tiada Apa-Apa Laporan Acap Ditemui Di Johor

Tiada Apa-Apa Laporan Acap Ditemui Di Johor inilah yang telah diberitahu dan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Johor. Polis Johor tidak menerima laporan mengenai peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu, dijumpai selamat di negeri ini.

Tiada Apa-Apa Laporan Acap Ditemui Di Johor
Tiada Apa-Apa Laporan Acap Ditemui Di Johor

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata bagaimanapun pihaknya akan memeriksa kesahihan maklumat berkenaan.

“Ini adalah pertama kali saya dengar (penemuan Mohammad Ashraf atau Acap di Johor).

“Buat masa ini kita tidak menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai perkara berkenaan namun akan memeriksanya, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tengah hari tadi, berita Acap yang kononnya ditemui selamat dan sedang berehat di Muar, tular di media sosial.

Pada 23 Mac lalu, Acap yang berasal dari Muar, Johor, disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25KM.

Kisah kehilangan Acap sejak lebih dua minggu lalu itu menjadi tumpuan masyarakat dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. -BH-

Check Also

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan rentas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.