Home » BERITA » Tiada Lagi Roadblock Selepas Ini

Tiada Lagi Roadblock Selepas Ini

Tiada Lagi Roadblock Selepas Ini. Terima kasih kepada semua anggota keselamatan yang selama berpuluh-puluh hari bertugas tidak kira siang atau malam berada di sekatan jalan raya.

Tiada Lagi Roadblock Selepas Ini
Tiada Lagi Roadblock Selepas Ini

Mulai 10 Jun 2020, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi akan membuat sekatan jalan raya bagi menghalang pergerakan rentas negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tumpuan PDRM selepas itu adalah terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di premis perniagaan termasuk pasar raya dan pasar malam.

“Hari ini adalah hari terakhir larangan rentas negeri kerana esok bermulalah kebenaran rentas negeri. Namun, untuk kes lain seperti Ops Benteng, memantau jenayah lain, akan tetap dilakukan PDRM seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini. -BH-

Check Also

Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu

Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu

Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu. Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.