Home » BERITA » Tiada Sidang Dewan Khas Parlimen 2 Mac 2020

Tiada Sidang Dewan Khas Parlimen 2 Mac 2020

Tiada Sidang Dewan Khas Parlimen 2 Mac 2020 perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof bertarikh 28 Februari 2020.

Tiada Sidang Dewan Khas Parlimen 2 Mac 2020
Tiada Sidang Dewan Khas Parlimen 2 Mac 2020

Dewan Rakyat tidak akan mengadakan persidangan khas Isnin depan, seperti diumumkan Perdana Menteri Sementara Dr Mahathir Mohamad semalam.

Speaker Mohamad Ariff Md Yusof berkata surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat yang ditandatangani perdana menteri interim tidak mengikut peraturan.

Katanya, ia tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tidak disusuli dengan pemberitahuan usul yang lengkap.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“Setakat ini tiada notis dikeluarkan,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Ariff berkata keperluan mengadakan mesyuarat khas akan dibuat selepas titah Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan proses pemilihan perdana menteri.

“Oleh yang demikian, saya memutuskan tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada Isnin, 2 Mac 2020.

“Saya akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan seterusnya tentang notis dan tarikh mesyuarat khas akan dimaklumkan kelak,” katanya. <<MK>>

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020. Jangan lupa untuk saksikan perutusan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.