Home » HIBURAN » Tidak Lagi Berhijab Ini Alasan Uqasha Senrose

Tidak Lagi Berhijab Ini Alasan Uqasha Senrose

Tidak Lagi Berhijab Ini Alasan Uqasha Senrose
Tidak Lagi Berhijab Ini Alasan Uqasha Senrose

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik manis Uqasha Senrose. Tetapi semasa melayan radio pagi tadi admin terdengar satu berita tentang pelakon ini. Seperti mana yang kita ketahui bahawa pelakon Uqasha Senrose telah pun berhijrah dan berhijab lebih kurang 3 tahun lalu. Tetapi apa yang admin dengar di radio pagi tadi amat mengejutkan kerana Uqasha Senrose mengaku bahawa beliau sudah tidak berhijab lagi. Jadi admin kongsikan kepada anda cerita Tidak Lagi Berhijab Ini Alasan Uqasha Senrose.

Menurut Uqasha, sepanjang 3 tahun berhijab imannya tidak tetap dan sebenarnya keputusan beliau untuk menutup aurat sebelum ini semata-mata kerana kecewa selepas putus cinta.

Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.

Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.  Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai.

Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.

Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan.

Itulah jawapan yang diberikan oleh Uqasha Senrose. Harap anda semua berpuas hati.

 

Check Also

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha

Biodata Profil Alya Iman Azmil Mustapha. Pastinya anda seakan mengenali pelakon muda berhijab ini tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.