Tidak Perlu Scan MySejahtera Semasa Isi Minyak. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian. Di sini admin ingin berkongsi satu berita yang menjadi bualan hangat sejak semalam.
Semalam kita dihidangkan dengan pelbagai berita melalui media bahawa semua individu yang ingin mengisi minyak petrol atau diesel di stesen minyak perlu scan atai check in di aplikasi MySejahtera.
Namun pagi ini, admin mendapat info terbaru yang di laporkan oleh FMT bahawa kita semua rakyat Malaysia yang ingin mengisi minyak di stesen-stesen minyak tidak perlu untuk scan atau check in di aplikasi MySejahtera.
Rakyat hanya perlu mengimbas kod MySejahtera apabila memasuki sebuah premis perniagaan. Tugas ringkas seperti mengisi minyak atau membuat pembayaran tidak perlu pengimbasan MySejahtera.
Presiden Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz turut mengatakan perkara yang sama, di mana pelanggan yang datang ke stesen minyak hanya perlu mengimbas kod QR jika mereka masuk ke dalam surau, kedai atau tandas. -Sumber-