Home » SUKAN » Tiket Final Piala FA Kekal RM40.00

Tiket Final Piala FA Kekal RM40.00

 

Tiket Final Piala FA Kekal RM40.00
Tiket Final Piala FA Kekal RM40.00

Tiket Final Piala FA Kekal RM40.00. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) , menegaskan harga tiket final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 29 Jun ini, tetap kekal RM40. Menurut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad : Tidak ada sebarang perbincangan dilakukan berkaitan kenaikan harga tiket dan berharap peminat mendapatkan pengesahan rasmi supaya tidak mudah tertipu dengan spekulasi yang timbul.

Dari awal musim 2012, kami sudah menetapkan harga tiket perlawanan akhir Piala FA adalah RM40 bagi dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak.Saya pun tidak tahu boleh timbul desas desus kenaikan harga tiket perlawanan terbabit kerana FAM tidak pernah membuat sebarang keputusan berkaitan kenaikan harga tiket.

Semua berita mengatakan tiket perlawanan Kelantan dan Johor DT bernilai RM45 adalah tidak benar. Saya harap peminat jangan mudah terpedaya dengan khabar angin.

Sebelum ini, dalam beberapa blog dan laman sosial, penyokong kedua-dua pasukan keliru apabila terdapat banyak dakwaan harga tiket aksi final dinaikkan daripada RM40 kepada RM45.

SUMBER

Check Also

Live Streaming Kedah vs PKNS FC 20 Ogos 2019

Live Streaming Kedah vs PKNS FC 20 Ogos 2019

Live Streaming Kedah vs PKNS FC 20 Ogos 2019. Berikut merupakan perlawanan pusingan kedua bagi …

One comment

  1. jangan ada tiket palsu lagi udah.. hu2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.