Tiket Malaysia vs Thailand “Sold Out” ! Inilah penangan semangat kesukanan untuk sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan Harimau Malaya. Sabtu ini 1 Disember 2018 adalah perlawanan separuh akhir pertama AFF Suzuki Cup 2018. Perlawanan pertama ini menyaksikan pasukan tuan rumah Malaysia akan menanti kunjungan Thailand.
Thailand dikatakan pasukan pilihan untuk menjuarai AFF Suzuki Cup untuk edisi tahun 2018 ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan jualan tiket yang telah habis ini jom sama-sama kita baca pengumuman rasmi pihak FAM menerusi laman Facebook mereka.
Kesemua 80,000 Tiket Telah Habis Terjual
Untuk makluman semua, tiket perlawanan Separuh Akhir 1 #AFFSuzukiCup18 Malaysia lwn Thailand, Sabtu ini yang dijual secara fizikal di kaunter tiket Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula 10.00 pagi tadi telah pun habis terjual sebentar tadi.
FAM turut dimaklumkan bahawa tiket yang dijual di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic sejak pagi tadi juga telah habis terjual.
Ini bermakna, kesemua 80,000 keping tiket yang diperuntukkan termasuk 40,000 keping tiket yang dijual secara online pada Isnin dan Selasa lalu kini telah pun habis terjual.
Terima kasih Malaysia! Jumpa anda semua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.