Home » BERITA » Tindakan Tegas Individu Hina Nabi – ARMADA

Tindakan Tegas Individu Hina Nabi – ARMADA

Tindakan Tegas Individu Hina Nabi – ARMADA. Ini semangat yang kita mahu. Apabila Nabi junjungan besar kita dihina tidak kira siapa dari latar belakang politik mana sepakat untuk menentang.

Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam laman media sosial.

Tindakan Tegas Individu Hina Nabi - ARMADA
Tindakan Tegas Individu Hina Nabi – ARMADA

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Pulau Pinang, Muhammad Shameer Mohamed Sulaiman, berkata perbuatan itu dilihat semakin menular, terutama selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, baru-baru ini.

Beliau berkata, ia jelas bercanggah dengan semangat kesatuan antara kaum dan menghormati setiap agama yang sudah lama terjalin dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

“Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, justeru sekiranya isu ini tidak dihentikan, ia akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia.

“Kami mahu siasatan dan tindakan undang-undang diambil ke atas pemilik akaun media sosial terbabit yang sengaja mencetuskan kemarahan umat Islam dan mencabar sensitiviti agama,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Shameer bersama 20 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam di Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap dua pemilik akaun Facebook, iaitu Danny A’antonia Jr dan Galuh Alrizky Setiawan, serta pemilik akaun Twitter, Alvin Chow.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, dekat sini, susulan tindakan pemilik akaun laman sosial berkenaan secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan bersifat menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Sementara itu, Timbalan Ketua ARMADA Pulau Pinang, Muhamad Zikri Zulkifli, pula menegaskan penghinaan yang dibuat terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW adalah keterlaluan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) harus menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap tiga pemilik akaun media sosial terbabit.

“Saya berharap pihak polis memberi penjelasan berkenaan siasatan dijalankan terhadap mana-mana individu yang menghina Islam, baru-baru ini,” katanya. -BH Online-

Check Also

Tak Tunai Janji Datuk Bandar Diheret Guna Trak

Tak Tunai Janji Datuk Bandar Diheret Guna Trak

Tak Tunai Janji Datuk Bandar Diheret Guna Trak. Seorang datuk bandar di Mexico menempuh detik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.