Home » INFORMASI » Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu. Di ketika negara kita sedang dilanda masalah jerebu yang agak serius dan beberapa kawasan sekolah juga ditutup, pihak Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan beberapa tips kesihatan untuk kita ikuti.

Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu
Tips Jaga Kesihatan Ketika Jerebu

NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.

Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.

Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.

Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.

Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang rasmi milik Kementerian Kesihatan di SINI

Check Also

Jom Kenali Nur Athirah Gadis 4 Flat Tujuh Semester

Jom Kenali Nur Athirah Gadis 4 Flat Tujuh Semester

Jom Kenali Nur Athirah Gadis 4 Flat Tujuh Semester. Menjadi cemerlang adalah impian setiap pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.