Home » BERITA » Tips Lepas Sekatan Polis Masa PKP Hanya Gurauan

Tips Lepas Sekatan Polis Masa PKP Hanya Gurauan

Tips Lepas Sekatan Polis Masa PKP Hanya Gurauan. Ini penjelasan sebenar daripada tuan badan sendiri. Mari kita sama-sama baca. Apa-apa pun perkara ini telah mendapat perhatian pihak berkuasa.

Tips Lepas Sekatan Polis Masa PKP Hanya Gurauan
Tips Lepas Sekatan Polis Masa PKP Hanya Gurauan

GURAUAN MEMBAWA PADAH

Pagi tadi bangun dari tidur dikejutkan dengan soalan bertubi-tubi dari rakan saya “apa cerita bro, viral habis dah ni…”

Menggelabah saya, blur dengan apa yang tengah berlaku.

Buka je Facebook, Allahuakhbar siapa pulak sebar gambar aku dengan family ni.

First of all, saya selaku empunya gambar yang sedang viral sekarang ingin memohon maaf diatas isu tersebut yang saya pasti telah banyak timbulkan salah faham dan amarah netizen sekalian.

Hakikatnya, saya membawa anak dan isteri untuk ke klinik bagi pemeriksaan bulanan dan imunisasi bayi kami yang wajib berumur 3 bulan. Sementara tiada sesiapa yang boleh jaga dua lagi anak kami yang masih kecil dan dalam fasa melasak. Untuk pengetahuan, radius kawasan kami tinggal dan klinik yang kami kunjungi adalah within 10km sahaja. Saya dan anak yang lain hanya menunggu di dalam kereta while my wife bawa bayi kami untuk pemeriksaan. Berat ujian kami bila diviralkan tanpa fakta dan disalah erti.

Petikan tersebut tidak sesekali berniat untuk memperlekehkan mahupun memandang rendah tanggungjawab dan tugasan PDRM, ATM, frontliners, dan seluruh ahli yang terlibat bertungkus-lumus menyelamatkan dan melindungi kita rakyat Malaysia.

Niat saya post dalam group Whatsapp hanyalah sekadar borak antara rakan-rakan didalam whatsapp group, dan tidak sangka ada individu yang menyebarkan gambar saya dan family malahan screen shot profile facebook saya tanpa izin, dimana itu telah melanggar hak privasi saya.

Saya telah pun ke balai polis bagi membuat laporan beserta bukti whatsapp yang telah disalah ertikan, dan akan segera memohon maaf kepada pihak PDRM, ATM, SKMM, frontliners diatas isu yang mungkin mengguris hati mereka.

Disaat negara kita dilanda ujian COVID19 ni dan ramai antara kita yang turut terkesan, usahlah kita menambah minyak pada api yang tengah membakar. Everybody is at sensitive situation right now. We can make it better. Kita jaga kita right. Let us pray for better situation dan hentikan lah sebar cerita yang tak sahih.

Maafkan saya Malaysia

Nota kaki : Nak bergurau pun ikut keadaan bro..ayat tu awak tulis sendiri kan? Jadi masa bro bergurau tu tak kena masa tengok ada orang manipulasi dah sekali terus viral

Check Also

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh

KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguh. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan rentas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.