Home » Uncategorized » Tips Memilih Hadiah Majlis Kahwin

Tips Memilih Hadiah Majlis Kahwin

 

Tips Memilih Hadiah Majlis Kahwin

Dalam seminggu lagi memang jadual waktu kita akan jadi penuh betul tak? Penuh kenapa? Penuh dengan jemputan majlis perkahwinan. Tidak kiralah majlis perkahwinan saudara, orang sekampung, orang setaman, teman-teman dan sebagainya.

Jadi bagi pengantin lama macam aku ni, nak bagi tips sikit pada sesiapa yang pening memikirkan apa hadiah yang nak dibeli dan dihadiahkan kepada pasangan pengantin.

Idea ini tercetus semasa aku kahwin masa tahun 2010. Makcik aku dah ‘meeting’ dengan sepupu sepapat aku yang lain rupanya untuk sepakat membeli hadiah-hadiah untuk aku dan isteri. Sepakat supaya tidak membeli hadiah yang berulang. Contohnya seorang sepupu beli periuk nasi seorang sepupu beli sterika dan seterusnya.

Jadi tips yang mudah untuk anda beli hadiah dan tips memilih hadiah majlis kahwin sebenarnya mudah sahaja. Anda beli dan pilih lah barang-barang yang boleh digunakan seharian. Aku listkan kat bawah ini. Kita fikir kan yang pengantin ini nanti perlu gunakan barang yang kita bagi di rumah mereka.

1. Periuk Nasi
2. Set Cadar
3. Kuali
4. Set Pinggan
5. Lesung Batu
6. Blender
7. Pembuka tin
8. Pembakar roti
9. Sterika
10. Vacum Cleaner
11. Frame / Album
12. Jam Dinding
13. Cerek
14. Dapur Gas

Ni contoh mungkin ada barang lain juga yang tidak aku senaraikan tetapi hadiah yang paling penting adalah DOA kan kebahagian pasangan tersebut.

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

2 comments

  1. mcm menarik jer isi kandungan nie..
    jarang org kasi tips nie..

  2. kalau semua sepupu dan sedara mara sepakat nak bagi hadiah yg berlainan.. hujung2 lengkap dah segala kelengkapan rumah.. untung kan gitu 🙂

Leave a Reply to Shark Kay Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.