Tips Simpan Duit Nak Kahwin - Berita Viral Terkini
Home » TIPS DAN PETUA » Tips Simpan Duit Nak Kahwin

Tips Simpan Duit Nak Kahwin

Sebelum kita melangkah lebih jauh tentang Tips Simpan Duit Nak Kahwin atau Tips Simpan Duit Nak Kahwin Muda kita lihat dulu apakah sebenar definisi kahwin itu sendiri. Merujuk kepada Wikipedia Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Tips Simpan Duit Nak Kahwin

Semua manusia pasti ada keinginan untuk kahwin. Apatah lagi bagi pasangan yang memang tengah hangat bercinta. Pastinya anda ada memikirkan bagaimanalah apabila anda merancang untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing. Dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil dan ditambah pula dengan harga barangan yang semakin hari semakin meningkat sudah pasti perkahwinan kita nanti memerlukan kos yang tinggi. Tetapi jangan risau semua itu pasti ada jalan dan mudah-mudahan dipermudahkan. Maklum sahajalah benda yang baik. Admin kongsikan Tips Simpan Duit Nak Kahwin yang admin petik dari beberapa perkongsian dan admin gabungkan untuk anda jadikan pedoman.

Tips Simpan Duit Nak Kahwin

1. Simpan Duit Dalam Tabung atau Bank secara Istiqamah

Tips ini paling penting untuk bakal-bakal pasangan yang ingin berkahwin. Sebenarnya bukan untuk bakal pengantin sahaja tetapi untuk semua orang. Jika kita mula menyimpan wang walaupun dengan kadar yang sedikit tetapi lama-lama ia akan menjadi banyak tetapi harus diingat ianya perlu dilakukan secara istiqamah atau berterusan jika tidak ia tidak akan menjadi. Tabungan ini kita mula kan dengan kadar yang rendah mengikut kemampuan pendapatan kita. Lebih baik jika tips pertama ini diamalkan dari usia muda dan kita target kan bila kita ingin berkahwin.

2. Simpan duit dengan pelaburan

Berbeza dengan tabung kita juga diberi pilihan untuk menyimpan wang di agensi kewangan yang sah. Dengan cara ini kita bukan sahaja dapat menyimpan wang tetapi juga akan diberikan bonus dan dividen setiap tahun. Tetapi disiplin yang tinggi diperlukan untuk mengawal diri jika tidak tips ini tidak juga akan menjadi. Bila dah simpan jangan pulak asyik ingin keluarkan sahaja wang tersebut. Untuk selamat simpan lah dalam fixed deposit kerana ia ada tempoh matang tertentu.

3. Kurang berbelanja

Kurangkan berbelanja perkara-perkara yang tidak perlu. Jika perangai kita suka shopping jenama yang mahal setiap bulan kita boleh kurangkan atau hentikan terus tabiat ini. Bukan apa ini boleh menjimatkan dan kita boleh salurkan lebih untuk simpanan kita.

4. Side Income

Cuba buat “side income” untuk menambah pendapatan anda. Di zaman serba canggih ini terutama zaman internet peluang untuk menambah pendapatan sampingan cukup luas. Cuma mahu atau tidak mahu sahaja. Cuma anda perlu bijak memilih cabang side income mana yang sesuai dan boleh memberi pendapatan tambahan yang lumayan kepada anda. Silap-silap “side income ” dan jadi sumber pendapatan utama. Siapa tahu??

5. Kawal Nafsu

Kawal nafsu ini luas sebenarnya tapi admin ambil dari skop belanja. Beli ikut kemampuan dan jangan beli ikut nafsu atau mahu ikut-ikut orang lain. Satu lagi jika yang gemar travel kurang-kurang kan aktiviti anda kerana wang-wang tersebut boleh digunakan untuk simpanan kahwin.

Jadi inilah Tips Simpan Duit Nak Kahwin yang admin kongiskan untuk anda. Mungkin ada lagi cara lain. Dan bagi pembaca yang ada pengalaman atau tips yang mahu dikongsikan sila kongsi di ruangan komen.Semoga bermanfaat untuk anda semua.

 

Check Also

Tips Elak Curang Dengan Pasangan Oleh Dr Mahyuddin  

Tips Elak Curang Dengan Pasangan Oleh Dr Mahyuddin

Tips Elak Curang Dengan Pasangan Oleh Dr Mahyuddin. Admin sangat tertarik dengan satu hantaran yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.