Home » BERITA » TMJ Bukan Wakil Rakyat Kata Tun Dr Mahathir

TMJ Bukan Wakil Rakyat Kata Tun Dr Mahathir

TMJ Bukan Wakil Rakyat Kata Tun Dr Mahathir. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang mendakwa kerajaan tidak merujuk kepada Majlis Raja-Raja ketika membuat keputusan menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), adalah pendapat beliau sendiri.

TMJ Bukan Wakil Rakyat Kata Tun Dr Mahathir
TMJ Bukan Wakil Rakyat Kata Tun Dr Mahathir

“Dia bukan wakil rakyat. Bercakap untuk diri dia sahaja,” katanya kepada media selepas selesai Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-14, hari ini.

Perdana Menteri ditanya mengenai kenyataan Tunku Ismail yang mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dengan mendakwa dibuat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Tunku Ismail dalam laman Facebook milik beliau semalam berkata, penyertaan Malaysia dalam Statut Rom dibuat secara terburu buru tanpa pertimbangan menyeluruh dengan mengambil kira implikasi undang undang yang serius terutama terhadap kedaulatan Malaysia dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong.

“Artikel 27 Statut Rom memperuntukkan bahawa kekebalan atau peraturan-peraturan khas yang terpakai bagi seseorang semasa menyandang jawatan rasminya di bawah undang-undang domestik atau antarabangsa tidak boleh menghalang Mahkamah Jenayah Antarabangsa daripada melaksanakan bidang kuasanya ke atas orang sedemikian.

“Artikel ini salah satu aspek penting kerana ia menyentuh isu kekebalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 32 (1), Perkara 181(2), Perkara 182 dan Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Semalam, Wisma Putra memaklumkan kedudukan dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong tidak terjejas selepas negara menyertai Statut Rome ICC.

Katanya, kerajaan mengkaji secara mendalam dengan teliti dari segi semua aspek sebelum membuat keputusan untuk menyertai badan itu.

“Keputusan kerajaan menyertai Statut Rome adalah selari dengan dasar kerajaan Malaysia Baharu yang menegakkan prinsip kebenaran, hak kemanusiaan, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban.

Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong membuat sesuatu keputusan atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

“Malah, perkara ini sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berhubung hasrat kerajaan menyertai Statut Rome lalu pada 15 Februari lalu,” kata kenyataan itu. – BH Online-

Check Also

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen. Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.