Home » BERITA » TMJ Tidak Faham Persekutuan Kata Tun M

TMJ Tidak Faham Persekutuan Kata Tun M

TMJ Tidak Faham Persekutuan Kata Tun M. Ini lah kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia untuk membalas kenyataan yang dibuat oleh Tunku Mahkota Johor sebelum ini.

TMJ Tidak Faham Persekutuan Kata Tun M
TMJ Tidak Faham Persekutuan Kata Tun M

Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak memahami konsep Persekutuan ekoran kritikan baginda terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri berkata, Tunku Ismail belum dilahirkan ketika Persekutuan diwujudkan. “Baginda tidak faham Persekutuan. Mungkin sebab baginda belum dilahirkan ketika itu tetapi saya sudah dilahirkan pada waktu itu.

“Persekutuan bermaksud ia mempunyai kuasa ke atas seluruh negara dan kita tidak boleh berkata ini dan itu tidak boleh dilakukan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan berterusan oleh Tunku Ismail terhadap kerajaan PH.Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, terdapat senarai yang menyatakan pengasingan kuasa dimiliki kerajaan negeri dan Pusat yang perlu dipatuhi.

“Walaupun kita ada senarai pengasingan kuasa kerajaan negeri dan Pusat, ia tidak menyatakan kerajaan Pusat tidak boleh memberi pandangan dan komen terhadap kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri,” katanya.

Tunku Ismail dikenali sebagai individu yang lantang menyuarakan pandangan baginda berhubung isu politik tanah air di media sosial.

Terbaru, baginda mengingatkan kerajaan PH supaya berhenti bermain politik sebaliknya memberi fokus membantu rakyat dan membangunkan negara.

Malah, baginda bertegas akan terus bersuara demi rakyat, biarpun bakal menjadi musuh kepada orang ramai. -SUMBER-

Check Also

Pegawai Kanan JPN Terlibat Sindiket Jual MyKad

Pegawai Kanan JPN Terlibat Sindiket Jual MyKad

Pegawai Kanan JPN Terlibat Sindiket Jual MyKad. Apa sudah jadi dengan satu jabatan kerajaan yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.