Home » Uncategorized » Tragedi Bot Karam di Banting

Tragedi Bot Karam di Banting

Tragedi Bot Karam di Banting

KUALA LUMPUR: Perkembangan terkini setakat jam 11:30 pagi, mayat seorang lelaki dan seorang perempuan telah ditemui menjadikan seramai 35 orang masih belum ditemui dalam kejadian tongkang karam dekat Sungai Air Hitam, Banting.
Setakat ini, jumlah mangsa yang diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah 61 orang.

Pada awal pagi  Rabu, sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang asing telah dilaporkan karam.

Pihak Bomba menerima panggilan pada jam 12.24 pagi dan jentera penyelamat dihantar kurang 30 minit selepas itu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, sebuah bilik operasi sementara telah dibuka di Pulau Carey.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil semasa dihubungi berkata, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerah ke sekitar pesisir pantai.

“Dua buah kapal maritim telah dihantar untuk SAR termasuk sebuah helikopter. Buat masa ini sebuah pusat operasi turut dibuka di Jeti Pantai Klanang,” kata Jaslizad.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Pegawai Polis yang berada di Balai Banting, Insp Mohd Shamsul Sharif mengesahkan 97 penumpang yang terlibat dalam insiden karam tersebut merupakan warganegara Indonesia.

Sumber Kedutaan Besar Republik Indonesia memaklumkan Astro AWANI bahawa pihak kedutaan sedang berurusan dengan pihak berkuasa yang terlibat.

Tongkang tersebut dikatakan berlepas dari Jeti Sungai Air Hitam awal pagi Rabu dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Acheh.-Awani-

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.