Home » INFORMASI » Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua

Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua

Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua. Dua hari lepas seorang Profesional Learning Facilitator yang bernama Muhammad Al Fatihee (Facebook) telah memuatnaik satu status yang agak penting bagi mereka yang ingin menghadiri sesi temuduga. Bukan sahaja temuduga untuk jawatan sektor kerajaan tetapi juga untuk sektor swasta. Beliau telah membuat pemerhatian di Pejabat SPA Kota Bharu. Apa yang diluahkan oleh pemuda tersebut mendapat perhatian netizen. Posting tersebut telah tular dan viral dengan lebih daripada 9000 perkongsian dalam masa dua hari.

Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua
Tragedi Di SPA Yang Viral Buka Mata Semua

Admin kongsikan apa yang telah di “post” oleh Muhammad Al Fatihee tersebut.

TRAGEDI di SPA!!!
Pengajaran untuk SEMUA Pembaca

Semalam saya memasuki Pejabat SPA Kota Bharu bagi melihat sendiri etika berpakaian calon-calon INTERVIEW jawatan (…) Sektor Kerajaan.

Seperti biasa, pakaian saya memang orang tidak akan syak yang saya datang untuk memerhati. Sengaja pakai seluar Track dan berselipar. Macam Orang kampung Gitu. Hehe

Selama 1 jam saya memerhati seorang demi seorang calon masuk mendaftar. Temuduga bermula jam 10 A.M.

Hasilnya SAYA RASA MACAM MAU NANGIS!

“Dik Jikalau beginilah etika pemakaian kamu. 90% permohonan kamu akan ditolak”.

Belum masuk bab Body Language dan Komunikasi!

Antara kesalahan yang saya REKODKAN!

LELAKI

1. Interview jam 10 pagi datang jam 10.10pagi
2. Terlupa bawa Tie
3. Tie bunga-bunga zaman Tan Sri P Ramlee
4. Seluar Slack+Kasut Futsal
5. Rambut Tak Kemas
6. Tak Pakai Stokin
7. Baju Kemeja untuk keluar DATING dengan AWEK
8. Susunan Sijil yang salah
9. Tali pinggang tak pakai
10. Jam Getah

PEREMPUAN

1. Kaca Mata Honeymoon
2. Tudung singkat
3. Baju dan Tudung berfesyen. Amboi besarnya bunga
4. Tumit kasut tinggi sangat. hehe
5. Baju Kurung pergi kenduri
6. Mekap Tebal
7. Susunan sijil salah

Ini antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan calon INTERVIEW. Peliknya mereka memiliki Degree dan Diploma. Apa yang mereka buat semasa di universiti selain daripada pergi kuliah?

Adakah mereka tidak bertanya kepada PAKAR?
Adakah mereka tidak diberitahu oleh PAKAR? “Mustahil”
Adakah mereka buat tak endah semasa diuniversiti?
Adakah mereka tidak mendapat informasi etika berpakaian INTERVIEW SPA yang jauh berbeza dgn INTERVIEW Swasta?

Hmm. Jika begini patutlah ramai yang tidak mendapat kerja yang dipohon…

Namun hati saya kembali sejuk, apabila ada beberapa orang calon yang menepati etika berpakaian Profesional. Sekurang-kurangnya “First Impression” anda sudah menang.

Saya ucapkan Semoga Berjaya kepada semua calon TEMUDUGA 2018

Check Also

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa'

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa’. Pada tarikh 28 Mei 2019, hari ini pada pukul …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.