Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia
Negara kehilangan seorang tokoh yang cukup disegani. Kira-kira jam 9.40 malam tadi Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia. Allahyarham meninggal di rumah iaitu di Kg Pulau Melaka, Kelantan. Pastinya berita ini membawa perkhabaran sedih kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Mari sama-sama kita sedekah kan Al-Fatihah.
Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.