Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam. Tun Dr Mahathir Mohamed YAb Perdana Menteri Malaysia baru sahaja mengumumkan beberapa perkara sebentar tadi. Ia termasuklah pengumuman berkaitan BONUS atau bantuan khas Aidilfitri bagi semua penjawat awam di Malaysia. Oleh hal yang demikian, mari sama-sama kita ikuti dan baca laporan di bawah ini.
Bantuan Khas Raya sebanyak RM400 akan disalurkan kepada kakitangan awam bergred 41 ke bawah, dan RM200 kepada pesara kerajaan menjelang Aidilfitri ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tarikh pembayaran akan diumumkan pada taklimat khas oleh Kementerian Kewangan yang akan diadakan pada Khamis.
Dalam pada itu, jelasnya, bantuan sara hidup kepada rakyat yang menggantikan BR1M tetap akan dilaksanakan dengan jumlah sama dan dibayar pada 6 Jun depan. Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini. -Awani-