Home » BERITA » Tutorial Cara Guna Sistem eGUMIS

Tutorial Cara Guna Sistem eGUMIS

Tutorial Cara Guna Sistem eGUMIS. Seperti yang semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa Jabatan Akauntan Negara (JANM) sebelum ini adalah menyatakan akan menyediakan satu sistem bagi rakyat menyemak akaun Wang Tidak Dituntut atau singkatannya WTD.

Bermula Januari 2020 sistem yang ditunggu-tunggu ini sudah boleh digunakan. Bagi mereka yang ingin menyemak WTD mereka tidak perlu beratur di Jabatan Akauntan Negara tetapi cukup dengan menggunakan sistem ini untuk semakan online.

Di sini mari kita sama-sama baca cara penggunaan sistem eGUMIS ini :-

Tutorial Cara Guna Sistem eGUMIS
  1. Layari link https://egumis.anm.gov.my/
  2. Anda pergi ke tab PENDAFTARAN untuk mendaftar terlebih dahulu. Pendaftaran ini untuk tujuan LOG MASUK selepas ini.
  3. Isi kan semua maklumat yang diperlukan dalam borang online pendaftaran pengguna dan tandakan kotak perakuan serta saya bukan robot dan tekan butang DAFTAR
  4. Anda akan mendapat notifikasi menyatakan yang maklumat berkaitan eGUMIS telah dihantar ke alamat emel anda

Anda sudah boleh LOG IN akaun semakan eGUMIS anda :-

Tutorial Cara Guna Sistem eGUMIS
  1. Masuk semula https://egumis.anm.gov.my/
  2. Pergi ke tab LOG MASUK dan klik
  3. Masuk kan nama pengguna dan kata laluan anda
  4. Apabila sudah berjaya LOG IN anda dikehendaki untuk menukar kata laluan tadi kepada kata laluan yang baru
  5. Setelah berjaya anda boleh membuat semakan WTD anda dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda
  6. Semakan hanya dibenarkan dua kali sahaja dalam sehari dan boleh menyemak untuk nombor kad pengenalan orang lain juga

Pemberitahuan :-

PENTING Bagi pengguna eGumis yang masih belum menerima katalaluan (password) semasa pendaftaran dilakukan, mohon kerjasama tuan/puan membuat pendaftaran semula di Portal eGumis.

Untuk fasa awal, hanya semakan wang tak dituntut sahaja dibuka, untuk permohonan tuntutan wang tak dituntut, dokumen permohonan yang telah lengkap boleh dikemukakan melalui pos ke Pejabat Pendaftar atau hadir ke Kaunter Pejabat Pendaftar atau JANM Negeri/Cawangan yang berdekatan

Sebarang maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan pihak Jabatan Akauntan Negara di talian atau secara emel :-
(603) 2056 8000
maklumbalas.tuntutan@anm.gov.my
akaun.bwtd@anm.gov.my

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Terima kasih.

Check Also

Tan Sri Muhyiddin PM Ke 8 Malaysia

Tan Sri Muhyiddin PM Ke 8 Malaysia

Tan Sri Muhyiddin PM Ke 8 Malaysia. Teka-teki selama beberapa hari selepas Tun Dr Mahathir …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.