Home » SUKAN » UAE Belasah Harimau Malaya 4 0

UAE Belasah Harimau Malaya 4 0

UAE Belasah Harimau Malaya 4 0. Lemah longlai dan lesu kesimpulan yang boleh dibuat ke atas aksi pasuka kebangsaan selepas dibenam 4 0 oleh pasukan UAE awal pagi tadi.

UAE Belasah Harimau Malaya 4 0
UAE Belasah Harimau Malaya 4 0

Dua gol masing-masing menerusi Ali Mabkbout dan Fabio Lima membantu Emiriah Arab Bersatu (UAE) membenam Malaysia 4-0 dalam aksi kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai.

Serba tidak menjadi dari awal permainan menyebabkan pemain negara hilang punca dan dihukum oleh corak permainan counter attack yang mudah. Minit-minit akhir juga menyaksikan pasukan UAE menjaringkan dua gol mudah dalam masa dua minit masa kecederaan.

Nampaknya kemasukan beberapa pemain naturalisasi masih gagal memberi impak kepada pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Tan Cheng Hoe ini.

Pasukan negara juga bernasib baik tidak dibolosi dengan jumlah jaringan yang lebih besar kerana ketangkasan Farizal berjaya menafikan percubaan on target pasukan UAE.

Diharapkan pasukan negara akan bangkit pada perlawanan yang akan datang. Ayuh

Check Also

Live Streaming Negeri Sembilan FC vs PDRM FC

Live Streaming Negeri Sembilan FC vs PDRM FC

Live Streaming Negeri Sembilan FC vs PDRM FC Liga Perdana 2021. Jangan lupa temujanji anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.