Home » Uncategorized » Ucapan Terakhir Anwar Ibrahim Di Parlimen Sebelum Dipenjara 5 Tahun

Ucapan Terakhir Anwar Ibrahim Di Parlimen Sebelum Dipenjara 5 Tahun

Berikut adalah ucapan yang dikatakan ucapan terakhir DSAI di Parlimen sebelum beliau menjalani hukuman penjara.
Tan Sri Yang Dipertua,
Ini mungkin ucapan perbahasan saya yang terakhir bagi Parlimen ke-13.Kepada para konspirator, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak gentar dengan permainan politik kotor, jijik dan amat terkutuk.
Saya yakin dan percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan politik murahan yang dicanangkan selama ini untuk memusnahkan karier politik saya dan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat membebaskan Putrajya daripada kebobrokan, kebejatan, kegelojohan dan kerakusan kuasa Barisan Nasional.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

 Tan Sri Yang Dipertua,
Saya boleh dipenjarakan untuk 5 tahun lagi. Saya sudah melalui dua tahun tahanan ISA. Saya sudah melalui ujian fitnah sehingga merengkok dalam penjara selama 6 tahun.

Jika tindakan Barisan Nasional ini bertujuan untuk melemahkan dokongan rakyat terhadap agenda reformasi, saya pertegaskan pada hari ini, dalam dewan yang mulia ini, kebangkitan rakyat adalah suatu yang pasti mampu merobohkan tembok kepalsuan, fitnah, kezaliman dan rasuah Barisan Nasional.

Saya dan mungkin ramai lagi rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan terhukum. Namun, saya yakin dan percaya kerakusan kuasa Barisan Nasional ini tidak mungkin berupaya memadamkan bara, api dan obor perjuangan rakyat.

Sekian, saya menyokong.

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.