Home » Uncategorized » Ujian Memandu Kereta Automatik Laksana April

Ujian Memandu Kereta Automatik Laksana April

 

Selepas tertangguh hampir tiga tahun yang lalu, semalam Harian Metro melaporkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan ujian memandu kereta automatik dijangka bakal diimplementasikan bermula April ini. Ia selaras dengan pelaksanaan pengenalan silibus baharu memandu yang turut akan dilaksanakan dalam tempoh yang sama.


Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan ini sudah tertangguh sejak setahun yang lalu disebabkan masalah MySikap.
Melalui pengenalan ujian memandu dengan kereta automatik ini membolehkan orang ramai membuat pilihan, selain daripada transmisi manual. Ia juga sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Ia
turut memberikan penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang
berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih
kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.
Walau
bagaimanapun, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear
automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai
lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis
itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua
jenis kenderaan.


Sepatutnya
ujian memandu menggunakan kereta automatik ini dilaksanakan pada Mei
2012 yang lalu. Namun pada awal Jun tahun yang sama, ia terpaksa
ditangguhkan. Menurut Kementerian Pengangkutan (ketika mengumumkan
penangguhan tersebut), ia disebabkan kementerian masih menunggu
kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut
memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.

 SUMBER

 

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.