Home » BERITA » UMNO Kedah Tak Percaya Mukhriz

UMNO Kedah Tak Percaya Mukhriz

UMNO Kedah Tak Percaya Mukhriz
UMNO Kedah Tak Percaya Mukhriz

Berita panas berkaitan UMNO Kedah baq ang. Tiada apa-apa sebelum ini kita dengar berkaitan UMNO Kedah tetapi tup-tup keluar berita bahawa UMNO Kedah hilang keyakinan dengan pimpinan Mukhriz. Admin tak mahu komen panjang anda baca sendiri berita dari Metro di bawah ini. UMNO Kedah Tak Percaya Mukhriz lagi.

Alor Setar: Pemimpin UMNO Kedah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, keputusan berkenaan dibuat sebulat suara oleh 14 daripada 15 bahagian UMNO negeri, hari ini.

“Ini disebabkan kelemahan dan ketidakupayaan beliau (Mukhriz) dalam menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.”Beliau juga tiada perancangan strategik dalam menghadapi PRU-14 akan datang, selain gagal menggerakkan jentera sebaik mengambilalih pimpinan (UMNO) negeri.

“Sebagai Menteri Besar, beliau (Mukhriz) juga gagal mengurustadbir kerajaan negeri secara berkesan,” katanya pada sidang media, di sini, petang tadi.Hadir sama, Ketua UMNO Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Wanita negeri Datuk Maznah Hamid.

Berikutan itu, katanya, mereka merayu keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat perubahan segera ke atas pimpinan tertinggi UMNO Kedah dan Menteri Besar.-Metro Online-

Check Also

Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid-19

Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid-19

Kronologi Penuh Kluster Tabligh Sri Petaling Covid-19. Alhamdulillah syukur atas rahmat Allah kerana KLUSTER COVID-19 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.