Home » BERITA » Video Bergaduh Tular Exco Melaka Beri Penjelasan

Video Bergaduh Tular Exco Melaka Beri Penjelasan

Video Bergaduh Tular Exco Melaka Beri Penjelasan. Seperti yang semua ketahui sebelum ini Exco Kerajaan Negeri Melaka Norhizam Hassan Baktee yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani pernah terpalit dengan kes video tular yang hampir serupa.

Video Bergaduh Tular Exco Melaka Beri Penjelasan
Video Bergaduh Tular Exco Melaka Beri Penjelasan

Sebelum ini kes beliau dengan penduduk sebuah taman berhubung dengan penutupan jalan dan kes terbaru kes beliau dengan pengusaha beca di Menara Tamingsari Melaka.

Norhizam Hassan Baktee merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu dan Video berdurasi 1 minit 35 saat itu tular sejak semalam.

Sewaktu berbincang dengan beberapa peniaga di kawasan itu, berlaku ‘pergaduhan’ antara Norhizam dengan perakam video tersebut sebelum wakil rakyat itu terpaksa ditenteramkan oleh orang ramai.

Norhizam dalam satu kenyataan malam ini menjelaskan beliau pergi ke Menara Taming Sari pada pukul 7.10 malam tadi kerana dijemput seorang wakil peniaga untuk membincangkan permasalahan di kawasan itu.

“Sewaktu berbincang, saya memaklumkan untuk mengadakan kursus kepada pengayuh beca supaya mereka boleh memberi imej yang terbaik kepada mutu pelancongan negeri tetapi seorang daripada mereka yang merakamkan video itu cuba melakukan provokasi terhadap saya.

“Saya percaya individu itu sengaja berbuat demikian kerana rakaman tersebut cuba memaparkan seolah-olah saya memandang rendah para pengayuh beca di negeri ini sedangkan saya datang ke situ untuk mendengar dan menyelesaikan masalah di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan tersebut malam ini.

Berikutan kejadian itu, Norhizam membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir di sini malam ini supaya penularan rakaman video tersebut tidak menjejaskan imej kerajaan negeri dan kempen Tahun Melawat Melaka 2019. – UTUSAN ONLINE

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.