Video Ciri Ciri Canggih Proton X70 - Berita Viral Terkini
Home » TEKNOLOGI DAN AUTOMOTIF » Video Ciri-Ciri Canggih Proton X70

Video Ciri-Ciri Canggih Proton X70

Video Ciri-Ciri Canggih Proton X70. Pastinya semua rakyat Malaysia teruja dengan pelancaran model baru dari Proton ini. X70 dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.8 liter TGDI yang mampu menghasilkan 181 hp dan 285 Nm tork yang digandingkan bersama transmisi automatik enam kelajuan. Penggunaan bahan bakarnya pula sekitar 8.9 L/100km dan diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Video Ciri-Ciri Canggih Proton X70

Yang ni lagi best! Banyak ciri-ciri canggih Proton X70 didedahkan dalam video produk ni. Jom layan dan kongsi pada kawan-kawan. Memang padan la dengan harga yang ditawarkan. Mungkin versi CKD kalau murah pun sikit la sebab ada pilihan enijn 1.5 TGDi.

Proton X70 mempunyai dimensi 4,519 mm panjang, 1,831 mm lebar, 1,694 mm tinggi serta jarak roda 2,670 mm. Bagi memudahkan anda membuat perbandingan, SUV Proton ini adalah 77 mm lebih pendek dan 24 mm kurang lebar dari CR-V, tetapi 15 mm lebih tinggi dan mempunyai jarak roda 10 mm lebih panjang dari SUV segmen-C Honda tersebut.

Ciri Canggih Proton X70

Posted by Mohd Zaril on Thursday, 13 December 2018

Check Also

Harga Perodua Myvi Singapura Bermula SGD64800  

Harga Perodua Myvi Singapura Bermula SGD64800

Harga Perodua Myvi Singapura Bermula SGD64800. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) secara rasminya melancarkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *