Home » SUKAN » Video Jaringan Cantik Faiz Subri

Video Jaringan Cantik Faiz Subri

Video Jaringan Cantik Faiz Subri
Video Jaringan Cantik Faiz Subri

 

Enam perlawanan Liga Super Malaysia telah berlangsung malam tadi. Antara perlawanan yang menjadi perbualan peminat bola sepak Malaysia adalah perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang. Bukan sahaja keputusan 4-1 berpihak kepada tuan rumah Pulau Pinang tetapi salah satu jaringan pasukan Pulau Pinang telah mendapat tumpuan dunia terutama melalui laman FB 101 Great Goals.Com. Jadi untuk menonton jaringan ‘gila’ tersebut admin kongsikan kepada anda Video Jaringan Cantik Faiz Subri di sini.

Tetapi sebelum itu kita lihat keputusan ke semua enam perlawanan yang telah berlangsung malam tadi. Daripada keputusan ini terdapat satu insiden pergaduhan di luar Stadium Ipoh membabitkan penyokong pasukan Perak dan penyokong pasukan Selangor. Diharap kan kejadian-kejadian seperti ini tidak berlaku lagi selepas ini. Menyokong lah dengan cara terbaik dan bersatu bukan berpecah belah.

Kembali semula kepada keputusan semua perlawanan liga super 2016 malam tadi. Keputusannya adalah seperti berikut :-

Sawarak 1- Felda United 2

Kedah 1 – Terengganu 0

Kelantan 1 – PDRM 0

T-Team 0 – JDT 2

P.Pinang 4 – Pahang 1

Perak 0 – Selangor 1

Tahniah kepada pasukan yang menang. Tahniah kepada Faiz Subri kerana membuat satu jaringan cukup cantik dan membuatkan Malaysia terkenal serata dunia.

 

 

Check Also

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019

Sabah Dinobatkan Juara Liga Perdana 2019. Sabah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas menundukkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.