Video Lrt Terbakar Di Kl - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Video LRT Terbakar Di KL

Video LRT Terbakar Di KL

Admin PANEH ingin Berkongsi Video LRT Terbakar Di KL yang admin dapat dari FB Page terkenal iaitu Sukan Star TV. Tidak mempunyai penerangan yang terperinci tetapi melalui Video LRT Terbakar Di KL tersebut caption pada video itu tertulis seperti ini “Tren LRT Terbakar Berhampiran Stesen Universiti”. Jadi kepada pembaca Paneh Miang yang mempunyai info penuh atau berada ditempat kejadian jangan segan-segan berkongsi di ruangan komen di bawah ini.

Video LRT Terbakar Di KL

Sebelum kita lihat Video LRT Terbakar Di KL ini mari kita baca sedikit info berkaitan dengan LRT. PUTRA LRT (“PUTRA” ialah singkatan bagi Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd, syarikat yang membina sistem ini). Beriutan penstrukturan semula pemilikan dan pengurusan, aliran ini kini dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara (SPNB) dan dikendali oleh RapidKL.

  • 15 Februari 1994 – Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (Putra LRT) diperbadankan.
  • 1 September 1998 – Skesyen 1 dari Depoh Subang ke Pasar Seni mula beroperasi.
  • 1 Jun 1999 – Seluruh sistem Putra LRT beroperasi sempena pembukaan Seksyen 2 dari Pasar Seni ke Terminal Putra yang merangkumi landasan bawah tanah pertama di Malaysia.
  • 1 September 2002 – Pengurusan Putra LRT diserahkan kepada [Syarikat Prasarana Negara] (SPNB) dan dinamakan Putraline mengikut fasa pertama penstrukturan semula sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB turut mengambil alih Star LRT dan menamakannya Starline.
    November 2004 – Aspek-aspek pengendalian kedua-dua sistem LRT diserahkan kepada syarikat milik kerajaan Rapid KL yang baru diasaskan mengikut fasa kedua proses penstrukturan semula, sementara aset masih dimiliki oleh SPNB.
  • Julai 2005 –Nama ditukar dari Putraline ke Aliran Kelana Jaya.
  • 24 Julai 2006 – Kegagalan komputer sandar berfungsi menyebabkan sistem tergendala pada waktu sibuk petang. Para penumpang terkandas dalam tren sampai ada yang memaksa pintu terbuka untuk keluar.
  • 29 Ogos 2006 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan aliran ini akan dipanjangkan dari Lembah Subang ke Subang Jaya dan USJ.Video LRT Terbakar Di KL
  • 6 Oktober 2006 – “Masalah teknikal” menyebabkan sebuah tren terkandas sepanjang landasan antara stesen Dato Keramat dan Damai pada jam 7 pagi, mengakibatkan perkhidmatan sepanjang bahagian Masjid Jamek-Terminal PUTRA tergendala sehingga pulih pada 5 petang.
  • 13 Oktober 2006 – SPNB menandatangani perjanjian bersama Konsortium Bombardier-Hartasuma Consortium (BHC) untuk membeli 22 set tren empat gerabak untuk Aliran Kelana Jaya beserta pilihan membeli 13 lagi set untuk RM1.2 bilion. Tren-tren tersebut dijangka sampai pada tahun 2008.
  • 12 Disember 2006 – Apabila menghampiri stesen Pasar Seni pada waktu kesibukan, sebuah tren terhenti tiba-tiba seolah-olah terhentak sesuatu. Tiada kecederaan dilaporkan.
  • 8 Oktober 2007 – SPNB membeli 13 lagi set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II (52 gerabak) dengan harga €71 juta untuk Aliran Kelana Jaya. Penghantaran set tren berkenaan dijangka pada tahun 2010.
  • 27 Julai 2009 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan 35 tren empat gerabak baru akan beroperasi mulai akhir tahun 2012.(Pada Julai 2009, laluan ini masih dijalani oleh tren dua gerabak walaupun dijanjikan tren empat gerabak pada tahun 2008).
  • September 2009 – SPNB memulakan pameran usaha memanjangkan Aliran Kelana Jaya (dan Aliran Ampang) di lokasi terpilih selama tiga bulan untuk tujuan mendapatkan maklumbalas awam.
  • 24 Disember 2010 – Stesen LRT Sri Rampai akhirnya dibuka kepada umum, setelah pembinaannya terbengkalai selama 11 tahun semenjak seluruh aliran ini disiapkan.

Ini dia video Video LRT Terbakar Di KL tersebut.

Check Also

YDP Agong Santap Bersama Pelajar SMK Danau Kota Dalam Kelas  

YDP Agong Santap Bersama Pelajar SMK Danau Kota Dalam Kelas

YDP Agong Santap Bersama Pelajar SMK Danau Kota Dalam Kelas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.