Home » BERITA » Video Polis Trafik Dirempuh Kereta Ketika Bertugas

Video Polis Trafik Dirempuh Kereta Ketika Bertugas

Video Polis Trafik Dirempuh Kereta. Ketika Bertugas tular di media-media sosial semalam. Seorang anggota polis trafik nyaris maut selepas dirempuh sebuah kereta dipandu seorang pelajar kolej swasta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Laut menghala ke Dataran Merdeka di sini awal pagi tadi.

Video Polis Trafik Dirempuh Kereta Ketika Bertugas
Video Polis Trafik Dirempuh Kereta Ketika Bertugas

Dalam kejadian pada pukul 8.11 pagi itu berlaku ketika Konstabel Aniq Mohd Kasim, 22, sedang membuat kawalan lalu-lintas di lokasi berkenaan sebelum tiba-tiba sebuah kereta jenis Mercedes Benz E200 merempuhnya.

Terdahulu, kejadian berkenaan berjaya dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di laman sosial. Rakaman berdurasi 59 saat itu menyaksikan Aniq telah tercampak ke tengah jalan akibat dirempuh kereta berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata siasatan awal mendapati kereta berkenaan dari arah Jalan Hishamuddin ke arah Jalan Raja Laut sebelum terlibat dalam kejadian tersebut.

“Anggota polis berkenaan yang bertugas di Bahagian Kawalan Lalu Lintas JSPT Kuala Lumpur sedang berdiri membuat kawalan lalu-lintas di tengah jalan sebelum kereta terbabit yang datang dari arah hadapan melanggarnya.

“Akibat rempuhan itu, mangsa telah tercampak ke tengah jalan dan mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki. Anggota polis berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu kenderaan berusia 25 tahun itu telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Polis Trafik Dirempuh Kereta Di Ketika Kawal Lalu Lintas

Polis Trafik Dirempuh Kereta Di Ketika Kawal Lalu Lintas di Kuala Lumpur

Dikirim oleh Rojak Viral pada Selasa, 02 April 2019

Check Also

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia. Ahli Parlimen Tanjung Piai dan juga merupakan Timbalan Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.