Home » BERITA » Viral Tangan Era Fazira Tersepit Mesin Tebu

Viral Tangan Era Fazira Tersepit Mesin Tebu

Viral Tangan Era Fazira Tersepit Mesin Tebu. Seorang wanita berumur 25 tahun mengalami kecederaan parah di pergelangan tangannya apabila tersepit mesin pengisar tebu pada Selasa pagi.

Viral Tangan Era Fazira Tersepit Mesin Tebu
Viral Tangan Era Fazira Tersepit Mesin Tebu

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sentosa Blok 5, Tawau pada kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Era Fazira Ramli sedang menjalankan kerja mengisar tebu

Mangsa yang menjerit kesakitan membuatkan saudaranya segera bergegas kepadanya untuk memadamkan suis mesin tersebut, seterusnya menghubungi pihak bomba.

Ketua Balai Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBP) Tawau, Sharudy Delamin dalam kenyataannya berkata, dua buah jentera dengan kekuatan seorang pegawai dan enam orang anggota digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10 pagi.

“Pihak Bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa dari mesin pengisar tebu pada jam 10.40 pagi,” katanya.

Tambahnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh pihak Bomba sebelum dikejarkan ke Hospital Tawau dengan sebuah ambulan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Berita Ini Dapat Perhatian Erra Fazira

Insiden ngeri yang menimpa seorang wanita di Tawau, Sabah bernama Era Fazira Ramli, apabila tangannya parah tersepit mesin tebu mendapat perhatian artis popular negara, Erra Fazira Wan Chek.

Berita mengenai mangsa yang memiliki nama mirip pelakon dan penyanyi terkenal itu mula mendapat perhatian ramai sejak ia disiarkan oleh beberapa portal berita termasuk Astro AWANI.

“Allahu Akbar! Ya Allah, terkejut dengar (berita itu). Ingatkan gurauan orang, rupanya tidak. Kejadian ini benar berlaku,” ujar Erra Fazira kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Artis berusia 45 tahun itu berkata demikian sebagai mengulas kejadian tersebut yang pada awalnya mengelirukan ramai pihak, berikutan kedua-dua mereka berkongsi nama yang sama.

BACA: Tangan Era Fazira parah tersepit mesin tebu

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sentosa Blok 5, Tawau pada kira-kira jam 10 pagi Selasa itu, mangsa sedang menjalankan kerja mengisar tebu.

Mangsa yang berusia 25 tahun menjerit kesakitan apabila tangannya terperosok ke dalam mesin tersebut, hinggalah pihak bomba dan penyelamat akhirnya dapat mengeluarkannya.

“Apabila membaca cerita dan melihat fotonya (Era Fazira Ramli), alahai, ini bukan main-main dan bukan gurauan.

“Sakitnya sampai Erra Fazira di Kuala Lumpur terasa. Simpati pula rasa di hati,” ujarnya.

Sehubungan itu, Erra Fazira turut memberitahu, dia akan mendoakan Era Fazira di Tawau itu segera sembuh dan semoga dia lebih berhati-hati pada masa akan datang. -Awani Online-

Check Also

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun

Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun dan dikenakan sebatan sebanyak 146 kali. Agak mengejutkan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.