Home » BERITA » WIFI Percuma Untuk Rakyat Malaysia

WIFI Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Ada satu berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia. YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa ada perkhidmatan WIFI Percuma Untuk Rakyat Malaysia bermula bulan September 2017 sehingga bulan Disember 2017. Mari kita sama-sama ikuti laporan dari BH Online untuk maklumat lanjut.

WIFI Percuma Untuk Rakyat Malaysia
WIFI Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rakyat Malaysia bakal menikmati kemudahan WiFi percuma sehingga hujung tahun ini. Perdana Menteri berkata, insentif itu akan ditawarkan di lebih 5,800 lokasi hotspot di seluruh negara. “Bayaran WiFi akan dikenakan semula pada tahun depan tetapi pada kadar yang lebih rendah,” katanya pada majlis ‘Jom Bersama-sama Perdana Menteri dengan TM’ di Menara Telekom Malaysia Berhad, Bangsar hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar; Pengerusi TM, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dan Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly. Program itu turut disiarkan secara langsung untuk kakitangan TM di seluruh negara termasuk di Jakarta.

Pada program itu, Najib turut mengumumkan tujuh insentif lain khusus untuk warga TM merangkumi waktu bekerja dan faedah perubatan. “Insentif itu ialah waktu bekerja yang lebih anjal kepada warga TM wanita yang mengandung. Mereka dibenarkan pulang sejam lebih awal dan cuti ihsan kelahiran cucu terhad selama tujuh hari.

“Manfaat lain termasuk cuti ihsan untuk ibu bapa dan anak menjalani rawatan di hospital, faedah perubatan dan pergigian bagi pekerja eksekutif antara RM500 hingga RM750 sekeluarga dan RM250 hingga RM500 sekeluarga bagi yang bukan eksekutif,” katanya. Perdana Menteri berkata, diskaun sehingga 35 peratus bagi bayaran balik pinjaman akan ditawarkan kepada anak warga TM yang belajar di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan percuma untuk mereka yang memperoleh kepujian kelas pertama.

Semoga apa yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia seperti WIFI percuma ini digunakan sebaik mungkin oleh semua. Admin juga berharap WIFI percuma yang akan diberikan nanti mampu untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penggunanya.

Check Also

Geng Picit Roti Direman 4 Hari

Geng Picit Roti Direman 4 Hari

Geng Picit Roti Direman 4 Hari. Anda dah tengok video bangga mereka ini merosakkan barang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.