Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19 - Berita Viral Terkini
Home » HIBURAN » Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19

Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19

Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19. Anda kenal Zed Zaidi? Zed Zaidi merupakan seorang pelakon dan juga sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19

Zed Zaidi antara empat individu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini kerana menyebarkan berita palsu berkaitan penularan COVID-19 menerusi laman sosial, bulan lalu.

Bagaimanapun, Zed atau nama sebenar Rozaidi Abdul Jamil, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret A.Akhiruddin@Boy Acho.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan pertuduhan, Zed didakwa menggunakan aplikasi twitter dengan akaun rozaidijamil dengan niat menyebabkan kegentaran awam, justeru dikhuatiri mungkin terdorong mana-mana individu melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Pelakon tersebut didakwa berkongsi berita palsu berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia – All countries has banned Chinese tourist except Malaysia yang dimuat naik menerusi akaun Facebook dan Twitternya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 12.51 tengah hari, 27 Januari lalu dan dikesan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya pada 10.30 pagi, 29 Januari lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac ini.

Zed diwakili peguam Zamri Idrus sementara pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, R. Siamalah.

Di mahkamah yang sama, seorang pengarah syarikat, Mohd Khairul Anuar Rosli, 30, mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama dengan menggunakan aplikasi web ‘Oh My Media’ yang mendapat perhatian SKMM pada jam 1.20 tengah hari, 27 Jan lalu.

A.Akhiruddin kemudian menetapkan jaminan berjumlah RM5,000 dan tarikh sebutan semula pada 17 Mac ini.

Dalam pada itu, dua individu, iaitu juruteknik, Mohd Afendy Mohd said, 34 dan peniaga, Syed Mohd Faiz Syed Nasir, 28, mengaku bersalah atas kesalahan sama dan masing-masing diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan tarikh jatuh hukum ditetapkan, 17 Mac ini.

Mohd Afendy didakwa menggunakan aplikasi Facebook menerusi akaun Afendy Said yang telah dibaca SKMM pada jam 2.30 petang, 27 Jan lalu manakala Syed Mohd Faiz menggunakan aplikasi twitter dengan akaun faeznasirr yang dikesan oleh SKMM pada jam 3.30 petang, hari yang sama. -Metro Online-

Check Also

Tonton Online Filem The Flu  

Tonton Online Filem The Flu

Tonton Online Filem The Flu. Live streaming The Flu. Salah satu filem dari Korea Selatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.